Watak dan Perwatakan Aizen_Sōsuke

Aizen ialah seorang intelektual yang peramah dan bersuara lembut, serta bercermin mata sepanjang masanya sebagai kapten shinigami. Walaupun dia kelihatan sangat perihatin terhadap ahli-ahlinya, dia sebenarnya tidak mementingkan mereka langsung. Menurut Aizen sendiri, dia tidak terikat dengan nilai-nilai moral, dan justeru, tidak akan dihindari daripada mengembangkan cita-citanya, meskipun terpaksa memanipulasi atau membunuh sesiapa yang dianggapnya sebagai halangan. Menurut golongan arrancar, sebab utama mereka menghormati dan menurut kata-kata Aizen adalah disebabkan keberanian dirinya yang tidak menggeruni apa-apapun.

Aizen mengawal bala tenteranya sama ada menerusi kehormatan yang diterimanya, seperti yang didedahkan melalui perbualan Ulquiorra Schiffer dengan Inoue Orihime di mana dia mengatakn bahawa mereka berkumpul untuk memikul dan membawa cita-cita Aizen lebih jauh lagi, ataupun menerusi ketakutan, misalnya seperti gertakan Aizen terhadap Grimmjow Jeagerjaques bahawa dia akan membunuhnya jika dia menyerang Tōsen Kaname.

Aizen merupakan seorang lawan yang cukup handal, mengatasi kebanyakan shinigami tahap kapten. Meskipun tahap sebenar kuasanya tidak dapat dipastikan, dia mengatakan bahawa dia telah mencapai tahap maksimum kuasa shinigami dalam setiap empat bentuk kombat shinigami: seni bermain pedang, seni bela diri, pergerakan kaki, dan kidō. Dia juga mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk dirinya melepasi tahapnya kini adalah untuk mendapat dan mengawal sepenuhnya kuasa hollow. Tahap kemahiran biasanya dapat dilihat apabila dia mampu menghentikan lepasan zanpakutō, termasuklah bankai Kurosaki Ichigo dengan hanya satu jari sahaja, selain daripada mengalahkan beberapa musuh tahap kapten sekaligus tanpa sebarang kesukaran. Suatu petunjuk yang diberikan untuk membuktikan tahap kekuatan tenaga semangatnya berlaku apabila dia mengubah Wonderweiss Margera menjadi seorang arrancar. Apabila dia bersedia untuk mengaktifkan hōgyoku, dia mengatakan bahawa walaupun Sfera Pembiasan itu masih belum aktif sepenuhnya, dia mampu mengaktifkannya dengan penuh buat sementara waktu apabila hōgyoku tersebut bergabung dengan seseorang yang mempunyai tahap tenaga semangat dua kali ganda seorang shinigami tahap kapten, secara tidak langsung merujuk kepada dirinya.[1] Kekuatan tenaga spiritual Aizen juga cukup kuat sehingga, tanpa sebarang usaha fizikal, mampu memaksa Espada ke-6, iaitu Grimmjow Jeagerjaques, berlutut di lantai.

Objektif sebenar Aizen adalah untuk mengguling raja Soul Society. Untuk menjadikan ini kenyataan, Aizen memerlukan kunci diraja (王鍵, ōken?), sejenis kunci emas bercabang tiga yang boleh membuka membuka sebuah portal ke dimensi yang didiami raja tersebut. Mahupun lokasi sebenar kunci itu hanya diketahui oleh Jeneral Yamamoto, Aizen mengetahui cara kunci itu dicipta dan bagaimana untuk mencipta satu lagi kunci yang serupa. Untuk mencipta kunci itu, Aizen perlu mengumpul 100,000 roh di Bandar Karakura[2] yang mempunyai kepekatan zarah-zarah semangat yang luar biasa. Ciptaan kunci emas itu bukan sahaja akan membunuh ramai orang, tetapi akan mengewapkan sebahagian besar Bandar Karakura.

Aizen dilihat dengan pakaian baru selepas pembelotannya, bersama-sama Gin dan Tōsen.

Sewaktu peninggalan mereka ke Hueco Mundo, Aizen telah membuang cermin matanya dan memberus rambutnya, mendedahkan mata yang kejam dan gaya rambut yang berbeza. Seperti yang telah didedahkannya kepada Abarai Renji bahawa Aizen yang mereka kenali tidak pernah wujud, ini merupakan sebuah gambaran visual kepada kenyataannya itu. Sebelum dia beredar, dia memberitahu Ukitake Jūshirō bahawa tidak ada sesiapa yang pernah berdiri di puncak dunia, mahupun Tuhan.[3] Kemudian dia mengatakan bahawa dialah yang akan berdiri di puncak alam semesta dan akan mengisi kekosongan makhkota dunia. Aizan kemudian dilihat di Hueco Mundo, berpakaian serupa dengan gaya pakaian arrancar ciptaannya; dia juga dilihat duduk di atas singgahsana, menunjukkan bahawa dia mempunyai tahap kuasa politik di sana.